Breaking

Monday, June 22, 2015

5:16 AM

Destinasi Pelancongan ke Langkawi

Yeahh...akhirnya berjaya juga aku membuat post yang pertama untuk blog ni..dah lama rancang untuk tulis post mengenai percutian ke Langkawi ni. Tapi masa tidak mengizinkan. Jadi hari ni aku berpeluang dan ada sedikit kerajinan untuk menulis. Kenapa aku pilih Langkawi? bukankah di Malaysia ni terdapat banyak lagi tempat-tempat yang menarik? Haaa...nanti dalam post-post yang seterusnya anda akan tahu kenapa aku memilih untuk membuat blog mengenai Langkawi dan bukannya tempat-tempat lain di Malaysia. 

Dataran Lang Pulau Langkawi


Buat permulaan ni marilah kita mengenali sedikit-sebanyak tentang Pulau Langkawi ni. Langkawi merupakan salah satu daerah yang berada di negeri Kedah Darul Aman. Pada tahun 1987, Pulau Langkawi telah diberikan status bebas cukai. Kini, Langkawi merupakan antara destinasi pelancongan yang popular di Malaysia. Asal usul nama langkawi pula ialah daripada nama burung iaitu Helang (Lang) manakala Kawi pula berasal daripada perkataan yang membawa maksud merah hati. Ini kerana burung helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Selain daripada itu, perkataan kawi juga menjurus kepada batu kawi yang banyak terdapat di Langkawi. Kalau nak tau selanjutnya, korang google je lah..

Okay..jumpa lagi..